top of page

Motosikal Yamaha 135LC merupakan model yang cukup ikonik di Malaysia. Legasi ini kini diteruskan dengan pengenalan Yamaha 135LC Fi generasi terbaru yang hadir dengan suntikan bahan api dan rekaan ciri-ciri utilitarian baharu untuk keperluan para penunggang Malaysia yang moden.

 

YAMAHA PREMIUM BASKET

Bakul Yamaha 2-dalam-1 yang direka khas untuk penyimpanan tambahan. Ia hadir dengan ruang soket pengecas USB tertutup untuk perlindungan alatan mudah alih semasa digunakan.

 

Port USB | Kalis air | Bukaan tempat duduk lebih luas

*Didatangkan khas untuk Model SE sahaja*

 

ENJIN SUNTIKAN BAHAN API EU4 SERBA BAHARU

Dikuasakan oleh enjin klac automatik 135cc baharu dengan suntikan bahan api dan sejukan cecair, mematuhi piawaian EU4 untuk meningkatkan lagi prestasi enjin yang lebih lancar.

 

CARA MUDAH MEMBUKA TEMPAT DUDUK

Dengan memusingkan kunci ke kiri, anda kini boleh membuka tempat duduk dengan mudah tanpa perlu menarik keluar kunci.

 

KERANGKA YANG LEBIH RINGAN DAN KUKUH

Direka sepenuhnya menjadikan model generasi ini lebih dinamik dan ergonomik sesuai untuk tunggangan harian.

 

TANGKI BAHAN API YANG LEBIH BESAR

Kapasiti 4.6L lebih besar untuk jarak tunggangan yang lebih jauh.

 

REKABENTUK AERODINAMIK YANG DIPERTINGKATKAN

Reka bentuk cowling baharu meningkatkan kecekapan aerodinamik, mengurangkan geseran serta tekanan angin di bahagian lutut untuk tunggangan lancar.

 

LAMPU HADAPAN LED & LAMPU PILOT BAHARU

Rekaan baharu lampu hadapan serta lampu pilot melengkapi bentuk agresif keseluruhan Yamaha 135LC Fi ini.

 

BREK CAKERA BELAKANG BAHARU

Kini dilengkapi dengan brek cakera belakang serta lengan ayun rekaan baharu untuk kuasa membrek yang lebih stabil.

 

SPEEDOMETER DIGITAL BAHARU

Meter digital bergaya dengan fungsi paparan maklumat, lebih jelas dalam pelbagai cuaca dan keadaan tunggangan.

 

LAMPU BELAKANG LED

Rekaan lampu belakang dengan garis kontur berbentuk tajam dilengkapi LED untuk pencahayaan yang lebih baik.

135LC

Colour
  • Jenis Enjin Sejukan Cecair, 4- Lejang, SOHC, 4-Injap
    Susunan Silinder Silinder Tunggal
    Lubang X Lejang 54.0 X 58.7 mm
    Nisbah Mampatan 10.9:1
    Kuasa Maksimum 9.3kW / 8,000rpm
    Tork Maksimum 12.2Nm / 6,000rpm
    Sistem Penghidup Elektrik
    Pelinciran Takungan Basah
    Isipadu Minyak Enjin 0.9L
    Isi Tangki Bahan Api 4.6L
    Sistem Nyalaan TCI
    Jenis Bateri 12V 3.5Ah
    Jenis Plug NGK / CR8E
    Jenis Klac Basah, Cakera Berganda
    Jenis Transmisi Constant Mesh, 4-Kelajuan
bottom of page